Tips Cara Untuk Menjadi Wanita Sholehah Idaman Pria

Assalamu'alaikum Wr.Wb
Tips - Tips Cara Untuk Menjadi Wanita Sholehah Idaman Pria dan Suami, buat anda para kaum hawa yang ingin sekali menjadi wanita yang sempurna, bisa menjadi kebanggaan suami, dalam agama islam, dan benar - benar menjadi umat Rosululloh Muhammad.SAW.
1. Mendirikan Solat / Sembahyang.
2. Menjaga Solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk, menunaikan solat juga dituntut beristiqamah yaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.
3. Bersyukur dan Ridho.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpa ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan ridho dengan setiap pemberian Allah. Janji Allah dalam Al- Qur'an, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kepadamu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.
4. Selalu Bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malaikat berdo'a agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.
5. Menjaga Maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.
6. Takut Murka Allah.
Wanita solehah senantiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi senantiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.
7. Menjaga Amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seperti didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai Mengaji Al-Qur'an.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahu mengaji Al - Qur'an dan suka/sering menjadikan Al-Qur'an itu sebagai sahabatnya.
9.Menjaga Pandangan Mata
Semoga bermanfaat,dan selalu istiqomah. Amin...^-^ Terima Kasih. Wassalamualaikum

Komentar

Posting Komentar